main |
sidebar
Posted by
Unknown
at
03:48
Antara Rahsia Dan Kelebihan Solat Di Awal
Waktu
Solat merupakan rukun yang kedua setelah Mengucap
Kalimah Syahadah. Solat adalah tiang agama. Rapuhnya tiang itu, maka tidak
mustahil akan lupuslah bumbung akidah kita sebagai Orang Islam. Solat adalah
salah satu dari rukun Islam yang sangat ditekankan kepada kita sebagai umat
Islam untuk mengerjakannya dan Rasulullah Saw pernah bersabda tentang kepentingan
keutamaan solat di awal waktunya. Yang ke-2 persoalannya adalah bagaimana cara untuk solat di awal waktu.
Dari sahabat Umar beliau berkata : Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW
dan bertanya " Sesuatu apakah yang lebih dicintai Allah di dalam
Islam?". Maka Rasulullah SAW menjawab "Yaitu melaksanakan solat pada
waktunya, barangsiapa meninggalkan solat maka sama dengan tidak beragama, Solat
adalah tiang agama" (Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi)
Kepentingan Solat
Segala amalan dan perbuatan kegiatan kita setiap
hari, samada baik atau sebaliknya bergantung kepada bagaimana erti solat kita
kepada Allah Ta'ala. Ini bergantung kepada kesempurnaan solat kita. Jika kualiti
solat kita baik dan sempurna, maka seluruh perbuatan kita juga akan baik,
kerana solat yang kita lakukan setiap hari sebanyak lima waktu itu Subuh,
Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak akan mencegah kita dari perbuatan mungkar
disetiap masa masa.
Ada yang pernah bertanya, bagaimana jika kita
sentiasa mendirikan solat, tapi dalam masa yang sama kita masih juga melakukan
hal yang dilarang oleh Islam? Soalan ini juga pernah saya tanya kepada
seseorang, dan jawapan tersebut saya simpan sehingga sekarang ini.Jika setiap
hari kita tetap menunaikan solat, tapi dalam masa yang sama kita tetap
melakukan perkara yang mungkar dan terkeji, maka segeralah perbaiki dan
mengkaji adakah solat kita selama ini memenuhi syarat dan rukun yang telah
ditetapkan terutama disudut dan dalam kesempurnaan wuduk sebelum menunaikan
solat.
0 comments:
Post a Comment