Solatlah Di Awal Waktu





 
Kenapa perlu solat di awal waktu?
Dari kecil kita dididik dalam kepentingan mengerjakan solat, di sekolah juga tidak terlepas subjek didalam silibus pembelajaran tentang bagaimana mahu mendirikan solat dan asal usul solat 5 waktu. Semakin hari,semakin umur kita meningkat, mungkin sedikit sebanyak telah memberi banyak kesedaran dan ilmu sedikit sebanyak mengenai kebaikan solat sunat tambahan setelah solat fardhu yang 5 itu. Jika kita tahu bagaimana kesukaran baginda rasulullah saw sehingga membuat tawar menawar dengan Allah Ta'ala dalam pengurangan solat fardhu sehingga menjadi 5 waktu sahaja, Iaitu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, mungkin tidak sedikit terlintas didalam fikiran kita kesukaran dalam melakukan solat 5 waktu pada waktu yang telah ditetapkan iaitu solat di awal waktu.

Rahsia solat di awal waktu
Setiap masa, kita sentiasa terdedah dengan penguasaan nafsu selain daripada hasutan iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Bagaimana caranya mengawal nafsu tersebut? Sedarkah anda sekarang ini, mengapa solat itu  tiang agama? Disebalik ungkapan tersebut kita akan dapati dengan mengerjakan solat diawal waktu dapat mengajar kita dalam menguasai diri kita dan ke atas penguasaan hawa nafsu yang selalu berkeinginan  rasa syahwat yang melampaui batas Islam.


Solat di awal waktu juga membantu kita menjadi manusia yang berdisplin. Kesan menepati solat di awal waktu sangat besar kesannya jika kita membiasakan didalam kehidupan. Kerana dengan mengatur jadual solat akan beerti kita juga bijak mengatur jadual harian kita. Kehidupan seharian pasti tidak kan menjadi tidak terurus.Kita akan sentiasa hidup dengan tenang, fikiran juga tidak menjadi tegang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...